top of page

PATUH SHARIAH

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak shariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh shariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (Di sebelah)

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang shariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

  1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

  2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

bottom of page