top of page

TABUNG KECEMASAN 3 BULAN GAJI

Tabung Kecemasan 

      Baik, tabung kecemasan ni lebih kepada tabung luar jangka yang perlu kita sediakan sebelum apa-apa berlaku perkara yang diluar jangkaan kita. Tabung ni lebih kepada simpanan kita yang kita tak akan usik kecuali kita betul-betul sangat untuk kita guna. Tabung kecemasan yang saya cadangkan adalah dana 3 - 6 bulan gaji kita, atleast kalau apa2 berlaku kita boleh gunakan dana itu tanpa mengganggu rutin harian kita. Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk ada tabung kecemasan. Apa yang selalu saya share adalah saya lebih suka sahabat buat tabung kecemasan dengan membuat simpanan dengan menyimpan emas, kerana mengikut pengalaman saya, kalau buat simpanan wang fiat, takut-takut apa  yang kita simpan tidak boleh kekal lama, takut terguna. Lain kalau simpan emas, kita boleh simpan dengan lebih lama dan nilai dia akan sentiasa naik, tidak makan inflasi, semakin lama simpan makin tinggi nilainya.

​

     Macam mana nak kira, andai kata gaji anda RM2000.00 / bulan, maka anda kena siapkan RM6000.00 sebagai dana kecemasan. Peruntukkan 10% dari gaji anda ke akaun simpanan yang fleksibal. RM2000 x 10% = RM200 / bulan. Jadi 2 tahun setengah sudah cukup untuk memenuhi dana kecemasan 3 bulan gaji. Perlu diingat sekali lagi, dana kecemasan ini perlu konsisten dalam simpanan, kalau tidak mampu dan takut terguna dana ini, lebih balik tukar kepada emas. 

Anggaran RM6000, anda cuma perlu ada Sekeping 1 Dinar + Sekeping 5 Dinar = RM 6000.00

Semoga bermanfaat 

​

bottom of page