top of page
WhatsApp Image 2021-06-07 at 1.26.23 AM.

EMAS DAN SAYA

     Sedikit perkongsian saya tentang emas. Memang sebelum ini saya memang tahu emas adalah asset berharga tetapi saya tiada jiwa untuk memiliki emas itu sebagai simpanan/pelaburan. Hanya beli untuk isteri pakai dan hanya fokus kepada emas 916. Hakikatnya "Emas 916" pun saya kurang tahu sebenarnya.

     Namun setelah saya diperkenalkan oleh rakan lama yang kebetulan chatting dalam group, dia membuat satu posting tentang emas public gold, terdetik pada ketika itu, why not saya cuba untuk membeli 1 gram emas tulen 999.9 Public Gold. Keinginan nak tahu lebih lanjut pasal emas public gold, saya minta kawan saya hantar info-info ringkas. Setelah membaca dan fahami kepentingan dan tujuan beli emas 999.9, lalu saya terus register melalui Akaun Emas GAP dengan Bermula 1 Gram (Harga Pada Ketika Itu RM263/Gram). Saya tidak menunggu lama, selepas beli gram pertama, saya terus beli gram ke-2 dan ke-3 dalam bulan yang sama. Akhir bulan dah ada 3 Gram, harga ketika itu dah naik kepada RM289/gram.

     Tanpa melihat kebelakang, dengan nasihat kawan saya agar terus membeli walaupun harga naik atau turun, kerana katanya, kita akan dapat pemurataan harga pada jumlah terakhir, dan dia memberi galakkan dan info bahawa harga emas untuk jangkamasa panjang memang akan naik. Saya terus sahaja membeli dan menyimpannya. Dari itu saya sudah dapat aura baru, dan membuat simpanan emas bermisi dan membuat target pada diri sendiri. Hari ke hari dan bulan ke bulan gram emas saya bertambah. Wow sangat menarik beli emas, duit tak habis ke mana, dapat tambah asset bernilai.

     Tidak lama kemudian saya berminat ingin berkongsi dan mengajak kawan-kawan lain agar turut simpan emas. Lalu saya menjadi Dealer. Alang-alang menyimpan, baik terus jadi Dealer, beli emas dapat emas dan dapat upgrade Dealer. Kini saya aktif berkongsi kepentingan dan kebaikan simpanan emas 999.9 melalui Face Book, Whatspps, Instagram, Telegram dan FB Page.

 

Mohd Falizu Mat Din

017-3514526

Priority Dealer Public Gold 

​

bottom of page